Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 15-Apr-2010 04:56
~ Apam Gula Hangus ~
Semalam dapat mc sebab batuk..Raudhah pun batuk...kesian dia sampai dah takder suara..kalaula dia boleh makan ubat batuk orang dewasa rasa cam dah nak bagi dah... :-( ...minum susu pun tak berapa mau...nasib baik air masak dia mau terima jugak...

Petang semalam sementara nak tunggu wan balik kelas agama..sempat buat apam gula hangus...konon leh buat untuk sarapan sekali..tapi nampak gaya cam tak sempat jerr.. :P
sambil buat apam, Raudhah pun temankan ummi sambil dia tengok tv kat dapur...cian anak ummi...

Nie dia resepinya bagi sesiapa yang nak mencubanya...senang bangat!!!:-D


Apam Gula Hangus
Source : hazz_63@myresepi.com

Bahan-bahannya:
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-Cara:
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan
dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45
minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak
mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Inilah dia hasilnya.....(sori yer rupe dia xcantik sket :P

makan panas-panas pun sodappp!!!! :->



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.